Friday 23 December 2011

Ya Alloh, Jika Aku Jatuh Cinta

Ya Allah..
Peluklah hati ini di saat aku mulai merasa gelisah,dalam penantian penuh kesabaran ini, kadang-kadang hatiku merasa rindu pada dia insan yang ku cintai dalam diamku..

Ya Rabb..
Biarlah kusimpul dalam setiap doa-doa dalam Istikharahku kepada-Mu perasaan ini, agar kelak Engkau satukan hatinya dan hatiku yang untuk bertaut dan bersemi indah kerana Redha-Mu, Ya ALLAH..

Ya Rabb…
Tuntunlah Hati hambamu ini agar aku hanya mahu menerima CINTA seorang Insan yang benar-benar pilihan-Mu bukan semata-mata pilihan nafsuku.

Ya Rabb..
Jika dia memang baik untukku, agamaku, masa depan dunia dan akhiratku, boleh membimbing dan membawaku lebih dekat pada-Mu, Maka dekatkanlah diriku dengannya dan satukanlah kami dalam pernikahan yang sakinah, mawaddah dan warrahmah.

Tapi kalau bukan dia yang terbaik, Maka jangan biarkan kekagumanku menjadi suka apalagi cinta, Jadikanlah kekaguman ku sama seperti orang lain kagum padanya, Engkaulah Maha Mengetahui. Maka kutitipkan rasa ini, ku serahkan semuanya pada-Mu, kerana semua ini adalah milik-Mu..
Aamiin ya Rabbal’ alamiin.

No comments:

Post a Comment